Friday, July 25, 2008

PROGRAM TERBARU AL-WAHDAH::::::

PROGRAM
CERAMAH SOLAT MENGIKUT EMPAT MAZHAB
(PEMANTAPAN AKIDAH,MENGUKUHKAN DAN MENAMBAHKAN ILMU TENTANG PELBAGAI MAZHAB)


DEWAN BESAR KOLEJ UNITI



23 OGOS 2008


ANJURAN
KELAB AL-WAHDAH
PROGRAM TERBARU INI AKAN DI BAHASKN OLEH::
SYEIKH MOHD KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
SASARAN UTAMA PROGRM INI ADALAH PELAJAR JURUSAN SYARIAH(DPI) DAN TERBUKA KEPADA PELAJAR JURUSAN LAIN.

OBJEKTIF::

2.1 Membangun daya pemikiran dan intelektual pelajar Muslim yang berlandaskan kepasda ajaran islam.
2.2 Memudahkan para pelajar mendalami ilmu-ilmu pengetahuan tentang solat mengikut empat mazhab
2.3 Kesedaran yang sebenar mengenai solat.

Thursday, June 12, 2008

MEMOHON REZEKI MELALUI SOLAT DHUHA::

PENGERTIAN::
Solat sunat Dhuha adalah yang dilakukan pada waktu dhuha,iaitu pada ketika matahari naik sepenggal sehinggalah matahari benar-benar tept ke arah langit.Ada yang menganggarkan bahawa waktunya adalah pada pukul *8.00 pagi sehingga *11.00 pagi.Solat sunat Dhuha ini merupakan solat sunat yang dianjurkan oleh Nabi Muhaamad S.A.W.Ini kerana terdapat banyak keistimewaan yang allah kurniakan pada solat sunat Dhuha.

HUKUM SOLAT SUNAT DHUHA::
Para Ulamak menetapkan bahawa hukum mengerjakan solat sunat dhuha ini adalah sunat.Ini berdasarkan hadith nabi::
"Tidak akan menjaga sungguh-sungguh akan solat Dhuha melainkan orang yang bertaubat(awwab)dan solat Dhuha itu adalah solat Awwabin."
(HR.Ibn Khuzaimah dan Al-Hakim)

KEUTAMAAN SOLAT DHUHA::
***
1.Mendapat Kemurahan Rezeki

2.Disamakan dengan kita bersedekah

3.Merupakan Wasiat Rasulullah S.A.W

DOA SELESAI SOLAT SUNAT DHUHA





ALLAAHUMMA INNADLDLUHAA-A DLUHAA-UKA WAL BAHAA-A BAHAA-UKA WAL JAMAALA JAMAALUKA WAL QUWWATA QUWWATUKA WAL QUDRATA QUDRATUKA WAL ‘ISHMATA ‘ISHMATUKA ALLAAHUMMA IN KAANA RIZQII FISSAMAAI FA ANZILHU WA IN KAANA FIL ARDLI FA AKHRIJHU WA IN KAANA MU’SIRAN FAYASSIRHU WA IN KAANA HARAAMAN FATHAHHIRHU WA IN KAANA BA’IIDAN FA QARRIBHU BIHAQQI DLUHAA-IKA WA BAHAA-IKA WA JAMAALIKA WA QUWWATIKA WA QUDRATIKA AATINII MAA AATAITA ‘IBAADAKASHSHAALIHIIN.


“Ya Allah, sesungguhnya waktu dluhaa adalah waktu dluhaa-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebagusan adalah kebagusan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, apabila rizqi kami di atas langit, turunkanlah, bila dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dluhaa, keagungan, kebagusan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang shalih-shalih.”






Thursday, May 15, 2008

AL-WAHDAH kolejUNITI

KELAB AL-WAHDAH
Kelab ini ditubuhkan bagi menjalani aktiviti-aktiviti berbentuk kebajikan.Bukan itu sahaja,kelab ini ditubuhkan bagi menyampai risalah-risalah berbentuk ilmiah kepada semua umat islam.Pada mulanya kelab ini ditubuh pada awal penubuhan kolejUNITI pada awal 2001,dan seterusnya diteruskan dengan pucuk pimpinan al-wahdah yang berwibawa :MOHD FAEZ BIN MOHD SHAH,MOHD ZULKARNAIN BIN AMAN RAZALI dan seterusnya tompok pimpinan diteruskan lagi selepas pembubaran al-wahdah yang diadakan di ixora permai.

PEMBUBARAN
Pembubaran diadakan pada 11/05/2008 bertempat di surau ixora permai.Dihadiri oleh semua ahli-ahli majlis tertinggi bagi memberi peluang kepada semua ahli-ahli bertanya tentang semua kemasalahatan tentang al-wahdah dan cara-cara pengendalian sebuah kelab.Bagi mengetahui tentang organisasi al-wahdah,akan saya susuli pada blog akan datang.

Diharap sangat kepada semua yang memasuki laman blog ini tidak jemu-jemu untuk membaca risalah yang kami sampaikan di blog ini.

Kami dahului dengan "SYUKRAN KHATHIROH WA ILLAL LIQO'"
"MAASSALAMAH"

"KENALI RASULLULAH KITA"

Masa remaja
Dalam masa remajanya, Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan
Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.

Berumahtangga
Ketika berusia kira-kira 25 tahun, pakciknya menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (
Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.
Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 7 orang anak (3 lelaki dan 4 perempuan) tetapi ketiga-tiga anak lelaki mereka, Qasim, Abdullah dan Ibrahim meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah beliau meninggal pada usia 51 tahun.



  • Bapa-bapa saudara dan ibu-ibu saudara Nabi Muhammad s.a.w.
    Al-Harith bin Abdul Muthalib
    Muqawwam bin Abdul Muthalib
    Zubair bin Abdul Muthalib
    Hamzah bin Abdul Muthalib
    Al-Abbas bin Abdul Muthalib
    Abu Thalib bin Abdul Muthalib
    Abu Lahab bin Abdul Muthalib
    Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
    Hijl bin Abdul Muthalib
    Dzirar bin Abdul Muthalib
    Ghaidaq bin Abdul Muthalib
    Safiyah binti Abdul Muthalib
    'Atikah binti Abdul Muthalib
    Arwa binti Abdul Muthalib
    Umaimah binti Abdul Muthalib
    Barrah binti Abdul Muthalib
  • Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muthalib















''KENALI RASULLULLAH KITA"

Nabi Muhammad s.a.w. (sallallahu aleihi wassalam) (B. Arab: محمد) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja berfungsi sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.
Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."
Kelahiran
Nabi Muhammad telah diputerakan di
Mekah, Arab Saudi pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (2 Ogos 570M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Ismail, anak kepada Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang
anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Mekah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam.